Ikatan

(Bonding) Ikatan

(Bonding) Ikatan ialah kekuatan untuk melekatkan bahagian atas kasut dan bahagian bawah kasut. Kini,
Oscar melakukan proses lekatan ini secara konvensional dengan menggunakan cara mengikat tradisional
dan teknologi baru menggunakan suntikan langsung. Bahagian atas kasut biasanya diperbuat daripada kulit
dan kulit sintetik manakala bahagian kasut diperbuat daripada getah nitril atau acuan PVC atau poliuretana termoplastik.

Proses cantuman

Untuk meningkatkan lekatan yang baik antara kedua-dua komponen ini dan memastikan ia melekat secara berkekalan,
bahagian tepi untuk komponen atas sebuah kasut perlu digosok untuk membantu memecahkan permukaan yang licin untuk 
lekatan yang lebih baik. Unit lapisan bawah kasut pula mesti dibersihkan dengan agen pembersihan yang dikenali sebagai ‘primer’. 
Ini adalah untuk membersihkan kasut tersebut dari minyak berlebihan atau agen pelepasan acuan yang penting untuk kekuatan 
lekatan yang baik. Contoh produk (siri “multipurpose” dan siri “angel”). Untuk jenis pembuatan kasut yang konvensional, pelarut air 
berasaskan simen digunakan secara berhati-hati untuk bahagian komponen atas kasut dan lapisan bawah kasut dan kemudiannya 
dimasukkan ke dalam mesin pemanas untuk mengaktifkan simen tersebut. Proses melekatkan dua komponen ini memerlukan kerja 
tangan dan kemahiran yang baik supaya kedua-dua komponen ini dilekatkan dengan posisi yang betul dan baik. Akhirnya kasut yang lengkap 
kemudiannya dikenakan tekanan yang teguh menggunakan tekanan hidraulik.

Proses suntikan PU

Suntikan PU kepada tapak Luar dengan ketumpatan, iaitu: PU/ PU, PU/ TPU atau PU/ NBR. Bahan “PU” Pada zaman
baru teknologi ini, kaedah suntikan langsung digunakan untuk proses ikatan tunggal. Bahagian lapisan tengah kasut ini telah direka
khas
yang mempunyai bentuk rongga untuk memudahkan proses suntikan. Poliuretana akan disuntik ke dalam rongga-rongga ini.
Kaedah teknikal
ini menambah keselesaan kaki anda dengan rasa yang lembut dan berongga dan lapisan tengah ini mampu bertindak
sebagai penstabil
untuk bahagian bawah kasut.

Contoh produk: (supertec series, premium series dan titan series)
Keistimewaan suntikan terus PU adalah ia bertindak sebagai pelekat cair untuk ikatan kulit di komponen atas kasut dan
komponen bawahan kasut.
PU adalah polimer “Daltoped” dan “Suprasec”. Terdapat banyak gred PU di pasaran. Ia benar-benar
bergantung kepada kompaundan formulasi yang digunakan.
Oleh itu, memilih sepasang kasut keselamatan yang baik perlubermula
dari kelekatan dan ikatan kasut yang kukuh dan baik.